Powered By Blogger

01 August 2021

Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini

RAMAI pemandu masih gagal memeriksa kondisi tayar kereta mereka secara berkala. Sebaliknya lebih gemar menyerahkan kerja mudah itu kepada mekanik walhal senang saja dilakukan di rumah dan pada bila-bila masa. Memeriksa tayar bukanlah proses yang memerlukan kepakaran teknikal skala tinggi.

Memeriksa kondisi tayar patut dijadikan amalan kerana supaya kita lebih peka dan peduli dengan keselamatan sebelum memulakan sebarang pemanduan.

Kami akan kongsikan serba sediri beberapa tip memeriksa tayar kereta:

1. Tekanan Angin



⚫Periksa tekanan angin tayar sekurang-kurangnya sekali sebulan. Jangan lupa periksa juga angin tayar simpanan (jika ada).

⚫Boleh guna tolok tekanan udara. Alat ini boleh dibeli secara atas talian seperti Shopee. Ada banyak jenis boleh dipilih pada harga serendah di bawah RM30. Klik link untuk beli (https://shp.ee/y6c29z9?smtt=0.0.9). 

⚫Setiap kereta ada ditampalkan maklumat kadar angin tayar mengikut rekomen pengeluar, iaitu pada frem pintu. Sekarang cepat buka pintu dan cuba cari.

Maklumat tekanan angin tayar ada dilekatkan pada frem pintu.

2. Penjajaran Roda



⚫Roda perlu dijajarkan (alignment) untuk mengelak bunga tayar cepat haus atau berlaku kehausan tidak sekata. Lakukan penjajaran setiap kali kereta dipandu lebih 5,000km atau 8,000km.

⚫Jika penjajaran ‘lari’, kita boleh rasa perbezaan ketika memandu lurus. Kereta akan rasa terpesong ke sisi atau stereng nampak senget. Jika ya, perhatikan tebal bunga untuk memastikan tayar masih selamat digunakan. Mungkin juga tayar rosak.

3. Bunga Tayar


Ada beberapa cara mengukur tahap ketebalan bunga tayar. Antaranya menggunakan syiling tetapi tidak disarankan kerana tiada maklumat jelas mengenai tahap ketebalan dalam milimeter.

⚫Sebenarnya ada alat khas untuk ukur ketebalan bunga tayar yang boleh dibeli secara atas talian. Foto di bawah ini adalah contoh alat ukur bunga tayar yang mudah digunakan.


⚫Pemeriksaan perlu dibuat pada beberapa bahagian permukaan setiap roda dan bukan cuma ukur pada satu-satu tempat saja.

APA PUNCA TAYAR CEPAT HAUS?


⚫Ada banyak faktor tayar haus, antaranya tekanan angin tayar mungkin terlalu kurang atau terlebih. Permukaan tayar lebih mudah haus secara tidak sekata jika penjajaran roda tidak seimbang.

⚫Ada juga faktor lain seperti jenis kompaun, cuaca panas, permukaan jalan dan teknik pemanduan agresif.

Kredit:Pandulaju.com.my

19 November 2020

3 TIPS Elak Kena Tipu Masa Beli Kereta Baru.

 3 TIPS Elak Kena Tipu Masa Beli Kereta Baru.


Sememangnya bila beli kereta ni ia melibatkan duit. Jadi, saya akan nyatakan apa bayaran yang patut korang bayar sahaja.


1. Korang kena tahu HARGA OTR (On The Road) .

    

- OTR = Harga kereta + insurans.


* Aksesori tambahan tidak termasuk dalam harga kereta. Jika korang tambah aksesori, jadi harga aksesori tersebut perlu ditambah pada harga kereta.


* 'Windscreen cover' juga tambahan dan ianya adalah 'optional'. 


***********************

2. JUMLAH PINJAMAN.


- Biasanya jumlah pinjaman adalah 90% daripada harga kereta.

- Dan ia juga bergantung kepada berapa jumlah yang hendak korang bayar jika melebihi 10% 'downpayment'.


************************

3. FORMULA "DOWNPAYMENT" yang perlu dibayar.


- DOWNPAYMENT = OTR - Jumlah Pinjaman.


Contoh:-


1. Downpayment 10%

Honda City

(*Bukan harga sebenar) 


OTR: RM80, 000.00

Jumlah Pinjaman 90% = RM72, 000.00


RM80,000 - RM72, 000 = RM8, 000. 


Jadi downpayment yang perlu anda bayar hanyalah RM8, 000 sahaja.


2. Downpayment lebih 10%. Korang yang tetapkan jumlah downpayment yang korang nak bayar.


Honda City

(Bukan harga sebenar) 


OTR: RM80, 000.00

DOWNPAYMENT: RM20, 000.00


Jumlah Pinjaman: RM60, 000.00



(* Jika ada REBET/DISKAUN, bolehlah tolak pada jumlah downpayment yang korang kena bayar tu) 


.

Kesimpulannya, korang PATUT tahu apa hak korang sebagai pembeli. Jangan sewenang-wenangnya beri duit tapi anda tak tahu apa tujuan.


.

SEDIKIT TAMBAHAN....


Kadang-kadang pelanggan terlalu membandingkan harga, tawaran & freegift. Hinggakan terlupa untuk bandingkan KHIDMAT yang diberikan oleh Sales Advisor.


Terlalu ambik berat mengenai freegift yang remeh temeh hinggakan terlupa servis yang terbaik dari sales advisor lebih penting sebenarnya.


Kadang-kadang, disebabkan oleh sikap terlalu meminta-minta hinggakan Sales advisor terpaksa mengeluarkan duit gajinya, itulah yang menyebabkan dia cuba untuk ambil kesempatan dan jalan  untuk cover balik duit gaji dia. 


.

Berurusanlah dengan baik dengan sales advisor anda. 


.

" Bandingkan SERVIS, bukan FREEGIFT " 😊


Sekian. 


P/s: Jika anda ada sebarang soalan, boleh tanya di bawah.


#AfiqHondaEastern 

#HondaKelantan

17 November 2020

10 Generasi Honda Civic.




Generasi Pertama


Generasi Pertama


Honda Civic generasi pertama merupakan kereta ekonomi dengan enjin 1.169 cc (50 PS).

Versi awal datang dengan manual 4-speed atau transmisi automatik 2-speed. 
 
1974 melihat beberapa pembaharuan pada Honda Civic. Diantaranya, enjin yang lebih besar (1.237 cc, 52 PS), varian Honda Civic 1200 RS, transmisi manual 5-speed, dan varian station wagon.

Sebelum adanya VTEC, ada CVCC (Compound Vortex Controlled Combustion), yang merupakan sistem pra-pembakaran yang menciptakan campuran bahan bakar udara yang ramping.


Generasi Kedua

Generasi Kedua


Lebih besar daripada Honda Civic generasi pertama, Honda Civic generasi kedua menggunakan petunjuk gaya dari Honda Accord. Kereta itu lebih panjang dan kelihatan lebih bersudut.

Enjin 1.335 cc menghasilkan 55 PS manakala enjin CVCC 1.488 cc menghasilkan 68 PS.

Pilihan penghantaran termasuk manual 4-speed, manual 5-speed dan Hondamatic automatik 2-speed. Automatik 3-speed diperkenalkan pada tahun 1981.


Generasi Ketiga

Generasi ketiga 


Hilang sudah gril krom saat Civic memasuki generasi ketiganya. Generasi ini menyaksikan penampilan sulung Honda CR-X dan Civic Si.

Civic Si dikuasakan oleh enjin ZC1 empat silinder yang mampu menghasilkan 120 PS. 

Pada generasi ini, Civic menerima transmisi automatik 4-speed dengan pengenalan overdrive pada transmisi Hondamatic (1986).


Generasi Keempat

Generasi keempat


Generasi keempat menggunakan gaya dari pendahulunya sambil menjadikannya lebih ramping.

Generasi ini memperkenalkan VTEC dalam enjin DOHC B16A untuk Civic SiR. Varian Civic yang lebih rendah menerima mesin siri-D.

Selain pengenalan VTEC, kereta ini juga dilengkapi independent rear suspension, menjadikannya kereta yang layak dipacu.



Generasi Kelima

Generasi kelima


Lebih dikenali sebagai "Bullet" Honda Civic di Malaysia, EG Honda Civic menerapkan gaya kereta tahun 90-an dengan sangat baik.

Perkadaran versi hatchback 3 pintu sangat sporty. Versi Civic yang paling hebat dari generasi ini menggunakan enjin B16A.

Eropah mendapat Civic VTi dengan enjin 160 PS B16A2, sementara Jepun memiliki SiR, Sir-II, dan SiR-S dengan enjin 170 PS B16A1. Civic generasi kelima masih popular di kalangan peminat kereta dengan enjin siri B-nya.


Generasi Keenam

Generasi keenam


Dikenali sebagai EK, Honda Civic generasi ke-6 mempunyai bahagian depan yang lebih agresif.

Lampu lebih tinggi dan sekarang terdapat jeriji di antara lampu depan. Lencana Type R diperkenalkan pada bentuk Civic yang paling atletik (hanya di Jepun).

Walaupun versi biasa Civic menerima enjin seri-D, Type R dikuasakan oleh enjin 185 PS B16B yang dipasangkan dengan transmisi manual 5-speed.


Generasi Ketujuh
Generasi ketujuh


Memasuki abad ke-21, Civic generasi ketujuh kelihatan jauh lebih jinak dari EK.

Malaysia menerima ES Honda Civic yang merupakan sedan empat pintu dengan mesin 1.7 liter dan 2.0 liter.

Malangnya, varian Type R (EP3) tidak dijual secara rasmi di Malaysia. ES Honda Civic tidak begitu popular seperti EG dan EK.


Generasi Kelapan
Generasi kelapan


Honda Civic menebus dirinya dengan FD, atau Civic lapan generasi. Bahagian depan seperti helang memenangi banyak peminat.

Civic telah berkembang lebih besar, dan di Malaysia, tersedia sebagai 1.8 S (141 PS), 1.8 S-L, 2.0 S (157 PS), dan hibrid.

Menariknya, FD2 Honda Civic Type R hanya boleh didapati di Jepun dan Malaysia. Eropah sebaliknya, menerima FN2. Ini adalah generasi terakhir Honda Civic Type R. yang diaspirasikan secara semula jadi.


Generasi Kesembilan
Generasi kesembilan


Walaupun Honda Civic FD sangat berjaya, perkara yang sama tidak dapat dikatakan mengenai FB.

Gaya tidak sesuai dengan keinginan banyak orang. Seperti FD, pilihan enjin termasuk mesin 1.8 liter dan mesin 2.0 liter (kedua-duanya dipasangkan ke kotak gear automatik 5-kelajuan).

Versi hibrid juga tersedia. Walaupun hampir sama dengan FD secara mekanikal, FB tidak bersemangat dibandingkan dengan pendahulunya.



Generasi Kesepuluh
 
Generasi kesepuluh


Seolah-olah menjadi kutukan pada nama Honda Civic disebabkan oleh satu generasi yang cemerlang diikuti dengan generasi yang tidak memberangsangkan.

Seperti FD, Civic FC membantu menebus nama Honda Civic.

Reka bentuknya lebih terperinci dengan pelbagai permukaan pada sudut yang berbeza. Beberapa orang disebut sebagai "Civic ketam".

Civic FC dilengkapi dengan enjin turbocharged 1.5 liter atau mesin NA 1.8 liter. Kedua-dua enjin dipasangkan ke kotak gear automatik CVT.

Gaya agresif disukai oleh banyak pihak. Civic generasi kesepuluh dalam bentuk yang paling atletik adalah FK8 Civic Type R.

Hanya tersedia sebagai hatchback, Civic Type R terbaru dikuasakan oleh enjin K20C1 1.5 liter turbocharged 320 PS.



Sumber: wapcar

Tempahan Honda Baharu Sekarang






















15 November 2020

3 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Untuk LULUS loan kereta

3 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Untuk LULUS loan kereta.


1. Komitmen

2. Gaji bersih

3. Rekod Ccris


                      

                     **************************


KOMITMEN

- Biasanya permohonan anda akan lulus jika komitmen anda tidak melebihi 60% potongan daripada gaji anda.


Contoh pengiraan:-


Gaji kasar (gov) = RM4000


Komitmen sedia ada:-

Rumah RM1000

Personal loan RM300

Ptptn RM100


Permohonan baru (Kereta) = RM850


1.RM1000 + RM300 + RM100 + RM850 = RM2250


2. (RM2250/RM4000) x 100% = 56.25%


56.25% < 60% [LULUS]


Istilah bank ia dikenali sebagai DSR (Debt Service Ratio) 

DSR= (TOTAL KOMITMEN / GAJI KASAR) x 100%


* (Net pay) Gaji pekerja swasta kena tolak EPF, SOCSO, EIS & PCB(jika ada) . 


.

GAJI BERSIH

- Gaji bersih ini adalah penanda aras selepas tolak semua komitmen anda. Ia berlainan mengikut negeri di mana anda tinggal. Ia antara RM1000 - RM1400.


Istilah bank ia dikenali NDI (Nett Disposable Income) 

NDI = GAJI KASAR - TOTAL KOMITMEN


NDI :RM4000 - RM2250 = RM1750 [LULUS]. 


Jika NDI anda kurang daripada RM1000-RM1400, bermakna LOAN anda kemungkinan TIDAK LULUS. 


.

REKOD CCRIS

- Ccris berfungsi merekod tabiat (pattern) anda membayar hutang dengan bank sepanjang setahun. 


Contoh:-

123456789101112 (Bulan) 

111111111 1   1   1 (Tunggakan 1 bulan)


123456789101112 (Bulan) 

222222222 2   2  2 (Tunggakan 2 bulan)


123456789101112 (Bulan) 

333333333 3  3   3 (Tunggakan 3 bulan)


123456789101112 (Bulan) 

000000000 0  0   0 (Tiada tunggakan)


123456789101112 (Bulan) 

000011122 3  3   3 (Mula-mula cantik, akhir teruk)


PASTIKAN tiada tunggakan bayaran supaya loan anda LULUS dengan mudah. 


.

Ok. Itu saja panduan untuk anda tahu samada loan anda boleh LULUS atau TIDAK.



Semoga bermanfaat.


🟡Miliki kereta Honda City 2020 dengan bulanan serendah RM779 sebulan. 

🟡Interest serendah 2.3x%

🟡Islamic finance

🟡Semak kelayakan anda sekarang secara PERCUMA.


HUBUNGI NO TERTERA DIBAWAH 

013-9118200 (AFIQ AZMI) atau tekan link di bawah


www.wasap.my/60139118200/AllNewCity2020

www.wasap.my/60139118200/AllNewCity2020


#AfiqHondaEastern

#HondaKelantan


















08 November 2020

4 kelebihan HONDA CITY serba baharu 2020.

Assalamualaikum kepada peminat-peminat kereta Honda.

    Baru-baru ini, Honda Malaysia secara rasminya memperkenalkan model City 2020 generasi kelima untuk pasaran tempatan. Sebelum ini, kita sudah pernah melihat dengan agak terperinci penawarannya yang paling tinggi, varian 1.5L RS i-MMD yang mana harga jualannya hanya akan diumumkan pada Januari 2021, kerana serahannya juga akan dilakukan tahun depan.

                                                   Honda City 1.5L RS

Ini diikuti oleh varian 

                                                        S (RM74,191.27) 

                                                        E (RM81,664.82) 

                                                        V (RM86,561.45) 

– semua harga ini dengan pengecualian SST hingga 31 Disember 2020. Bermula Januari, harga tanpa pengecualian SST masing-masing adalah seperti berikut; RM76,800 (S)RM84,800 (E) dan RM89,800 (V).


Antara kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:-

1.PRESTASI ENJIN (PERFORMANCE)

            Bagi varian RS, menampilkan enjin 1.5 liter i-VTEC kitaran Atkinson berkuasa 98 PS yang digandingkan dua motor elektrik menjana 108 PS dengan TORQUE 253NM yang tertinggi dalam kelasnya. Untuk ini, versi RS mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 9.9 saat dengan laju maksimum 173 km/j.


            Bagi tiga varian lain – S, E dan V – City 2020 menerima enjin 1.5 liter petrol konvensional, Ia kini dikemaskini dengan kepala silinder aci sesondol berkembar (DOHC i-VTEC) yang menjana sebanyak 121 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,300 rpm.


2. PENJIMATAN MINYAK

        Penggunaan minyak bagi varian RS adalah 3.77 L/100KM, manakala bagi varian S,E dan V adalah 5.4L/100KM.


        Bayangkan, ia hanya menggunakan petrol sebanyak 5.4L untuk perjalanan sejauh 100km. 1 liter bersamaan RM1.61, jadi kos untuk 100km perjalanan hanyalah RM8.70 sahaja.

        Namun, ia bergantung pada cara anda memandu kereta.


3. KESELESAAN PENUMPANG

        Honda City menawarkan ciri-ciri yang PREMIUM di bahagian kabin. Ia dilengkapi dengan Rear Air-cond vent dan USB charging port untuk penumpang di belakang mengecaj handphone. Anda tidak perlu risau jika handphone dan powerbank anda kehabisan bateri apabila anda melakukan perjalanan yang jauh.

                                        Rear Air Cond Vent dan USB Port.



4. CIRI-CIRI KESELAMATAN YANG TERKINI.

        Ia dilengkapi dengan HONDA SENSING* (Varian RS). Honda Sensing memberi amaran dan membantu pemandu untuk memandu secara berhati-hati di atas jalanraya.

Berikut adalah ciri-ciri Honda sensing:-

                                                KLIK PADA GAMBAR


         Selain itu juga, Honda City baharu ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang lain seperti

        * Honda Lanewatch
        * Multi-angle Rear View Camera
        * 6 Airbags
        * Vehicle Stability Assist
        * Hill Start Assist
        * Auto Brake Hold
        * Rear Seat Isofix
        * G-Force Control
        * Emergency Stop Signal

Itulah 4 kelebihan yang ada pada Honda City yang terbaru ini. Namun, ada banyak lagi ciri-ciri lain yang terdapat pada Honda City.

.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari ke laman web utama Honda Malaysia www.honda.com.my.

.
TAK SEMPAT KE SHOWROOM?? LIHAT VIDEO NI DULU



Macam mana nak buat TEMPAHAN??

SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN:

013-911 8200 (AFIQ)
013-911 8200 (AFIQ)
013-911 8200 (AFIQ)








06 December 2019

ADA KEBAIKAN JIKA DILEWATKAN.


Assalamualaikum WBT


      Seorang tua bermusafir bersama anaknya ke sebuah bandar yang jauh. Mereka membawa barang-barang di atas keldai. Dalam perjalanan, si keldai itu terjatuh dalam sebuah lubang, lalu betisnya patah. Kini, si keldai itu tak boleh lagi berjalan.

     Maka, terpaksalah si ayah dan si anaknya ini bawa barangan yang sebelumnya dipikul oleh keldai di atas bahu mereka. Mereka berasa berat dengan beban itu. Apabila betis keldai itu patah, si ayah berkata kepada anaknya sambil tersenyum tentang musibah hidup dan sabarnya mukmin.

      Dia berkata, " Wahai anakku, mungkin yang Allah halang itu lebih besar dari ini." Maksudnya ini bukan musibah terakhir dunia. Mungkin ada musibah yang lagi banyak dari ini. Tapi Allah menghalangnya dan beri kita musibah yang kecil saja dengan patahnya betis keldai.

       Setelah itu, ayahnya pula terlanggar batu, betisnya pula patah, dengan kehendak Allah. Si anak pun membalut betis anaknya. Terpaksalah dia pikul semua barang di bahunya.

      Kini, beban menjadi bertambah-tambah berat. Si ayah pun berkata, " Wahai anakku, mungkin yang Allah halang itu lebih besar dari ini." Si anak ini kehairanan. Perjalanan menjadi panjang. Sepatutnya boleh sampai pada hari ke 3, tapi mereka sampai dalam 10 hari.

      Apabila mereka sampai di muka bandar itu, mereka lihat bandar itu pada hari sebelumnya telah dilanda gempa bumi yang kuat. Yang atas pun terbalik ke bawah habis. Habis hancur semua yang ada di bandar itu penduduknya dan haiwan ternakan mereka. Yang tinggal hanyalah lelaki yang bijaksana ini dan anaknya.

       Si anak pun tersenyum lebar. Si ayah itu beriman dengan ghaib (takdir Allah). Tetapi si anak beriman selepas lihat sendiri. Kami harapkan kita semua beriman dengan takdir.

" Orang bertaqwa itu beriman dengan ghaib." - 2:2

      Jika insan itu beriman dengan apa ada di sisi Allah, apabila Allah beri musibah kepada hambaNya, Allah nak uji dia, Allah nak angkat darjatnya, Allah nak lihat kesabarannya,



Maksudnya Allah akan uji kita. " Apa mereka sangka dibiarkan mengaku beriman sedangkan mereka belum diuji?" - Al-Ankabut:2. 


       Manusia itu perlu diuji, difitnah, ditimpa musibah. Supaya Allah lihat siapa yang sabar dan tidak sabar. Yang beriman dan tidak beriman.

       Hadirin yang dikasihi kerana Allah, jika kamu ditimpa sakit atau kebimbangan, kesedihan atau keperitan tertentu, maka pulangkan semua ini kepada Allah. Orang beriman itu apabila ditimpa musibah, mereka berkata, " Sesungguhnya kita milik Allah." "Dan kepadaNya-lah kita kembali."

       Itulah yang beroleh perlindungan dan rahmatNya. Jadikanlah kami sebahagian daripada mereka. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, serta ahli keluarga dan shabat baginda.



Assalamualaikum WBT.
Nukilan oleh DR. OMAR ABDULKAFI.



03 December 2019

Ice Braking.

Assalamualaikum WBT. 

Salam perkenalan dari tuan punya blogger, Nama penuh saya Mohd Afiq bin Azmi. Berusia 33 tahun, berasal dari Sungai Lembing Pahang. Menetap dan membesar di Kota Bharu Kelantan.

Status berkahwin dan kini mempunyai dua cahaya mata. Anak pertama bernama Muhammad Ammar Wafi 6 tahun & kedua bernama Muhammad Ammar Nawfal 2 tahun.

Saya bekerja sebagai Sales Advisor di Honda Eastern Kubang Kerian. Berpengalaman dalam bidang jualan kereta hampir 8 tahun.

Menerima pendidikan awal di Pasti Wakaf Mek Zainab. Kemudian bersekolah di SRK Tengku Indera Petra Kota Bharu & SMK Agama Tangok bermula tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Setelah tamat zaman sekolah, meneruskan pengajian di UiTM cawangan Jengka Pahang. Seterusnya sambung pelajaran di UiTM induk Sham Alam.

Mempunyai 5 orang adik beradik dan saya merupakan anak nombor 4.